Manusia, Malaikat dan syaitan
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...
pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
Hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
Dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Wassalam. ....
 orang dulu dulu ada berkata...Ikut hati mati..ikut rasa
binasa
Labels: ilmu
BE CAREFULL
DEAR ALL
Women should not drink bottled water that has been left in a car. The heat
and the plastic of the bottle have certain chemicals that can lead to
breast cancer. So please be careful and do not drink water bottle that has
been left in a car and pass this on to all the women in your life. This
information is the kind we need to know and be aware and just might save
us!
kredit to "Mimie"
Labels: warning
Biler dah boringggggg.....
SUBANG JAYA: Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan
menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan
tesangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke
hospital.Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan
isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi
tidak berjaya.
Kejadian malang itu berlaku Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak
isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.Namun,
tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah
nyenyak tidur.
Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak
langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti
sesuatu masuk dalam kemaluannya.Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati
suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut
dalam kemaluannya.
"Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam
kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa
isterinya ke hospital," katanya.Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya
sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan
rawatan di situ.
"Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas
doktor berjaya mengeluarkannya," katanya.Sumber itu berkata, mangsa yang tidak
puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas
itu. Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke
jabatan agama untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad
Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.<
akde penyakit cari penyakit..inilah jadi biler manusia jad boring......
kredit to "Mimie"
Labels: renungan
bila ibu sudah marah...!!!!!!

hehehe nie mesti nakal tahap melampau nie, kalo tak tak ler jadi sampai macam
tu....
kredit to mimie
Labels: joke
Kekasih Yang Setia
SURAT DARI KEKASIH UNTUKMU YANG SELALU KUCINTAI
Saat kau bangun di pagi hari,
Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara
kepadaKu, bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan
sesuatu untukKu walaupun hanya sepatah kata...
Atau berterima kasih kepadaKu
atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
semalam, kelmarin, atau waktu yang lalu...
Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri
untuk pergi bekerja...
Tak sedikit pun kau menyedari Aku dekat denganmu...
Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti
dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk...
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun...
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu.
Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi
engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman
untuk sekadar berbincang-bincang...
Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
Aku menanti dengan sabar sepanjang hari
Namun dengan semua kegiatanmu,
Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan
sesuatu kepadaKu...
Sebelum makan siang, Aku melihatmu memandang ke
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara
kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
sedikitpun menyapaKu...
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu
dengan lembut sebelum menyantap makanan yang
Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya....
Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu,
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan
seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak,
hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan
banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan
apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan,
hingga waktu-waktu untukKu dilupakan...
Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi sekali lagi engkau lupa menyebut
namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah
Kuberikan...
Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu letih. Setelah
mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau
melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun
namaKu kau sebut. Tidak apa-apa kerana mungkin engkau
masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu.
Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar
terhadap orang lain...
Aku turut melihatmu menaniayai temanmu sendiri,
Kau mengkhianati mereka tanpa merasa malu padaKu,
Namun Aku tetap bersabar dengan kerenahmu,
Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan
sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak
kunjung tiba...
Baiklah..... engkau bangun kembali dan kembali Aku
menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan
memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu...
Tapi yang Kutunggu.... Ah tak juga kau menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh
berlalu... dan...kau masih mengacuhkan Aku. Tiada sepatah kata, tiada
seucap do'a, tiada pula harapan dan keinginan untuk
bersujud kepadaKU...
Apakah salahKu padamu...? Rezeki yang Ku limpahkan,
kesihatan yang Ku berikan, Harta yang Ku relakan
untukmu,
makanan yang Ku hidangkan , Keselamatan yang
Ku kurniakan, kebahagiaan yang Ku anugerahkan...
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu???!!!
Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap
berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu,
memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu... Kembali kepadaKu...
***********************
Yang selalu menyertaimu setiap saat...
ALLAH
kredit to haslindal@klcc.com.my
Labels: ilmu
Hadiah mlm Jumaat
Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik
untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk
waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan
waktu subuh masih lama lagi.tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk
dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai
baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain.
Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,gelisah kerana
sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat
mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang
mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang
kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang
sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia
masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al
Mazy. "Wahai Salih,
adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat
sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di
dalam
talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa
talam-talam
itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang
sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al
Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.Si
pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia
ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan
suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah
meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka
sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang
lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat
kasihan mendengarkan cerita si pemuda.lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya
agar ia dapat menyampaikan
berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al
Maizy
terjaga.
Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda
tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas
menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy
mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai
Salih ! Memang betul dia adalah anakku.Dialah belahan hatiku, dia keluar dari
dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah
tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini."Kalau begitu
saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita
tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang
dahulu.Dia masuk kedalam
biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.
Insya
Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya
selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya
kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid
jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di
perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur
keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri
kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya
kelihatan sangat
gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai
tan Salih,aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari
yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba
mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat
dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.(Petikan kisah Wali-Wali
Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah
memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

Niezam Phg says....
Agak-agaknya jika di cerita kan cerita sebegini kepada anak anak zaman sekarang
adakah akan ianya akan memberikan kesedaran dan keinsafan kepada mereka atau
pun mereka menerimanya seperti cerita dongeng setaraf batu belah batu
bertangkup atau pun hikayat si tengang sahaja.....tanpa kita sedari kita dah
terlalu jauh dengan kehidupan abadi yang menanti kita semua pada satu ketika
nanti sesungguhnya dunia ini hanyalah kebun untuk kita menuai hasilnya di
akhirat kelak....sudahkah kita bercucuk tanak dengan amalan baik untuk meraih
keredhaan Allah kelak...tepuk hati tanya iman saudara/saudari masing
masing....
kredit to nastee76@yahoo.com
Labels: ilmu, renungan
ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Assalamua'laikum wr wb......... ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam
kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "
jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
kredit to haslindal@klcc.com.my
Labels: ilmu
Hapuskan bacaan doa demi perpaduan negara?
Saya melalui tingkatan empat dan lima di Sekolah yang dimiliki oleh mubaligh
Kristian iaitu La Salle. Saya masih ingat Pengetua kami Brother Charles Michael
O Leary, seorang berbangsa Scot, berpakaian jubah putih paderi Katolik
sepanjang waktu persekolahan.
Semasa hari-hari perhimpunan Brtoher Charles akan memulakan perhimpunan dengan
mengajak anak-anak murid berdoa, mengikut kepercayaannya. Lalu semua pelajar
akan tunduk bertafakur menurut amalan Katolik kecuali pelajar-pelajar Islam.
Dan saya yakin inilah amalan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh
mubaligh-mubaligh ini seluruh negara.
Amalan ini diterima oleh kami para pelajar kerana sekolah tersebut walaupun
mengguna pakai kurikulum kerajaan dan guru-gurunya dari Jabatan Pelajaran
belaka namun ianya dimilki oleh mubaligh-mubaligh ini. Tidak timbul
singgung-menyinggung.
Lantas saya terperanjat apabila membaca berita berikut dari laman mSTAR
Online:
Guru sepatutnya memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan
kegiatan-kegiatan yang menyatu-padukan murid dan menggalakkan mereka
berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu
timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal
agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya.
Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan
kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional.
Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak
diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam
pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu
yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.
Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke
rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka,
katanya.
Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Inilah satu sikap dan perangai orang Melayu yang cetek dan berfikiran sempit
yang akhirnya mengakibatkan ruginya agama dan anak bangsa. 50 tahun kita
merdeka, kita sepatutnya berusaha memperteguhkan lagi jatidiri bangsa dan agama
tetapi tidak, semakin negara dewasa semakin kelihatan hapus dan terhakis
nilai-nilai kita. Dari tulisan jawi, ke sekolah-sekolah agama rakyat (yang
ditarik balik peruntukkannnya), pengajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris dan kini amalan berdoa untuk anak-anak kita pun mahu dihapuskan!
Saya menghormati semua kaum dan agama dalam negara kita ini, dan saya yakin
mereka juga setelah 50 tahun bersama duduk di bumi bertuah ini turut sama
menghormati adat, amalan dan kepercayaan kita.
Mengapa harus kita robah STATUS QUO ini tanpa mengambil-kira pandangan
majoriti? Sekolah-sekolah yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian,
sehingga ke hari ini masih mengekalkan salib dan lambang-lambang agama mereka
di setiap pelusuk sekolah-sekolah ini. Di Kuala Lumpur sahaja pergilah ke SK St
John, Convent Bukit Nanas, MBS, La Salle dan lain-lain. Kenapa demi perpaduan
negara tidak kita arahkan agar salib ini diturunkan atau dipadam dari bangunan
sekolah?
Kita tidak melakukannya kerana kita menghormati mereka, dan kita tidak pernah
terganggu dengan amalan mereka itu, lalu kenapa dalam hal agama kita mudah
sangat kita berkompromi demi kononnya menjaga kepentingan orang lain?
Sebelum ini menteri-menteri MCA dan Gerakan pernah menyuarakan bantahan mereka
terhadap amalan doa ini dan termasuklah ayat-ayat doa umpama doa makan dan doa
masuk tandas yang dituliskan di dinding-dinding kebanyakkan sekolah-sekolah di
negara kita.
Nampaknya langkah yang bermula dari tabika-tabika perpaduan ini adalah
permulaan yang saya yakin atas alasan yang sama akan dipanjangkan ke
sekolah-sekolah rendah dan menengah.
Saya sedih melihat betapa mudahnya hal-hal seumpama ini dikorbankan demi kerana
tuntutan dan kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Saya tidak pernah
mendengar amalan-amalan doa ini contohnya dipaksakan ke atas anak-anak yang
bukan beragama Islam di tadika atau sekolah rendah dan menengah sebagaimana
saya dan rakan-rakan yang bersekolah di missionary schools umpama yang saya
sebutkan di atas tidak pernah pun dipaksa oleh paderi-paderi di sekolah-sekolah
kami dahulu.
Kesimpulannya janganlah ghairah merobah sesuatu amalan yang baik dan berguna
sehingga akhirnya nanti melahirkan anak-anak kita yang buta agama dan hilangan
pegangannya. Bersederhanalah bila perlu, perpaduan negara telah dikecapi selama
50 tahun kebelakangan ini tanpa perlu kita menghapuskan bacaan doa di tadika
atau sekolah-sekolah, mengapa sekarang tiba-tiba kita bersungguh?

Niezam Phg says.....
Agaknya bila negara kita ni di timpa ujian macam indonesia baru orang orang
yang berjaawatan tu sedar diri dan tidak bongkak dalam membuat/memikirkan
sesuatu yang sepatutnya sebagai seorang yang beragama...setiap agama pun ada
cara dan kepercayaan masing masing..tetapi kenapa mahu di ubah atas alasan
perpaduan.tinggi betul tahap perpaduan pada pemikiran orang orang ini?..
di petik dari
p/s .... blog roslan sms
kredit to ku_zie2k@yahoo.com
Labels: renungan
Pelajar lahirkan anak di sekolah
IPOH: Seorang pelajar Tingkatan Empat, yang mengadu sakit perut, dan minta
dikecualikan daripada kegiatan sukan rupa-rupanya bersalin seorang bayi di
sekolahnya.
Dia melahirkan bayi itu pukul 1.30 petang tadi di ruang bilik sakit sekolahnya
di Manjung, kira-kira 90km dari sini.
Bayi perempuan itu, yang masih bertali pusat, ditemui mati di dalam sebuah beg
milik pelajar berkenaan.
Ketua Polis Daerah Majung ACP Zainuddin Yaacob bagaimanapun enggan mengulas
sama ada bayi itu sempurna atau belum sampai waktu.
Rakan-rakan sekelas remaja itu melihat pelajar pucat, dengan kesan darah pada
pakaian seragamnya, di atas katil di bilik sakit.
"Mereka memaklumkan perkara itu kepada seorang guru, yang kemudian membawa
pelajar itu ke hospital. Guru tersebut tidak perasan bayi yang telah meninggal
dunia itu berada di dalam beg pelajar itu bersama pakaiannya," kata ACP
Zainuddin.
Remaja itu kemudian memberitahu doktor tentang kelahiran dan kematian
bayinya.
Polis sedang menunggu keterangan daripada pelajar tersebut
Niezam Phg says....
Tak sangka belum pun setahun pendidikan seks dijalankan di sekolah sekolah
.pelajar sekarang telah pun mempraktikkan aper yang belum di ajar guru guru
mereka..advance betul peklajar sekarang.maklumlah yan gcikgu cerita di sekolah
sedikit jer [ itu pun bab pencegahan ] tetapi pengaruh internet,rakan
sebaya,tv,vcd dan majalah majalah lucah memainkan peranan utama membentuk
keperibadian anak anak zaman sekarang.kepada mereka yang mempunyai anak
anak.berhati hatilah.... sebelum anak anda menjadi tajuk akhbar harian metro
pula......
kredit to iza@my.hanjin.com
Labels: renungan
INSPIRING: CNBC interview with Warren Buffett
Everyone has heard of Warren Buffett who is reported to be the world's greatest
stock market investor and is worth US$36 billion, lives in a house he bought
for US$31,500, dines on burgers and quotes Mae West.
The following is a brief write-up on this super-rich man.
Subject: CNBC interview with Warren Buffett
There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffett, the second richest
man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting
aspects of his life:
1) He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too
late!
2) He bought a small farm at age 14 with savings from delivering
newspapers.
3) He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha, that he
bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he
needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4) He drives his own car everywhere and does not have a driver or security
people around him.
5) He never travels by private jet, although he owns the world's largest
private jet company.
6) His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one
letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the
year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
7) He has given his CEO's only two rules. Rule number 1: do not lose any of
your share holders' money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.
8) He does not socialize with the high society crowd. His past time after he
gets home is to make himself some pop corn and watch television.
9) Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years
ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So
he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the
meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren
Buffet.
10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his
desk.
11) His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in
yourself.
Amazing individual indeed.......
kredit to tanjung_mie@yahoo.com
Labels: renungan
Hati-hati melawat org meninggal and bile u ader
baby
org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke
bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Aku dapat
dari e-mail member aku, saper yg dah tau bacer jela untuk mengingatkan,
yg belum tau tuh amik iktibar yer?
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak
bermaya,tidak tidur,tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan .
ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama
suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan
pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu
sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an
dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya
Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak
pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau
selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah
ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.
Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di
dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir
kecut.
Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi,terasa terlerai
segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi
sayaselama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya).
Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air
yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal
mestilah seoranglelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat
perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap
sendi bayi perempuan saya)jika saya terlewat bayi saya mungkin turut
meninggal.
Sampai sayaberdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu.
Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang
yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu,
alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi
saya yang sekecil itu
dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari
pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana
ada jenazah perempuan orang lelaki
yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau
ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk.
Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian
untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air
mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di
sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (tak
mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi sayatu
tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang
berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak.Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya.
Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu.
Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan
sesuatu) tutup pengukus pulut itu
dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya
mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila
kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan
keluarga yang ada. Ada seorangdaripada ahli keluarga yang menziarah orang
meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya
tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula
sampai kerumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya.
Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun
akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik
Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana
bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya
bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda
terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man.
Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah
tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang
berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya
bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong,
tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang
yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang
berhampiran.Terima kasih saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika
beliau masih hidup) dan sayasedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia
benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan
pengajaran dan ikhtibar.
Niezam Phg says....
rasanya kita disunatkan mandi selepas pulang menziarahi selepas mayat
dikebumikan..mungkin pengunjung yang lain ada nas atau hadi yang lebih
kukuh..amat dipersilakan....menokok tambah di ruangan komen...
kredit to mas1602@yahoo.com
Labels: ilmu, renungan
CINTA.....
Cinta amat mahal takrifannya,
Itulah yang difitrahkan Allah S.W.T kepada hambaNYA.
Cinta hanya tertulis pada perkataan,
Tetapi gagal dilihat pada zahirnya,
Kerna cinta itu tanggung jawab dimana wujudnya,
Kesetiaan dan kejujuran didalamnya,
Ingat pada yang SATU,
JUJUR pada yang SETIA,
SETIA pada yang KASIH,
KASIH pada yang RINDU,
RINDU lah pada yang menyayangimu,
INGAT..!! cinta takkan datang kalau tak dicari,
Dan ia takkan dapat kalau tiada sesiapa yang memberi.
Tapi mencarinya biarlah pada yang sudi.
Bukan meminta pada yang simpati.

Niezam Phg says......
Teringfat ceria hindustan dulu dulu iaitu kuch kuch hota hai..."pyar.....pyar
mee dosti......"
kredit to lamenina_doce@yahoo.co.uk
Labels: renungan
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Assalamualaikum wbt............
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pad a ayat ke 58 surah tersebut
"SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik
mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan
dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan
mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan
berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat
ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan
miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman
kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih, tiada
kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana
Al lah.
kredit to yantoi333@yahoo.com.my
Labels: ilmu
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan
Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang
fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak
musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari
godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan
terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala
bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian
diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat
Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan
ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan
serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan
berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk
syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang
yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w.
bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT..

Niezam Phg says...
Nak kena amalkan nie..dah tahu..fadhilatnya
kredit to "Mimie" tanjung_mie@yahoo.com
Labels: ilmu, renungan
Pesanan ketika mendengar Azan
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai
orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi
tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali.............

Niezam phg says....
Rasanya tiada yang lebih mengembirakan kita selain kita dilahirkan sebagai
seorang islam, kita juga mengakhiri kehidupan/ meninggalkan dunia ini dengan
menyebut kalimah yang paling agung itu.semoga kita sentiasa menghormati ketika
azan dilaungkan.....insyallah
kredit to hi_da_yah_83@yahoo.com
Labels: ilmu
Bila Raja SMS bertemu Raja Sehari.Apa yg Terjadi?
Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar
bayi...
JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis
keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu
Pahat, tempatnya bekerja.
Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga
bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian
darah!
"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami,
mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan
ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa
saya yang sebenarnya.
"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang
mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan
muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.
Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi
kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan
daripada Islam kepada Buddha.
"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit
yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata
Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)
Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila
dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak
Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.
Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan
keluarga tersebut.
"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya
berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar
menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.
"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan
persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi,
kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran
Perniagaan.
Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya,
lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan
Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang
anak lelaki dengan usia yang sama.
Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan
dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima
Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu
bapa asalnya.
Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari
bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan
kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah
seperti anggota keluarga kami.
"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat
apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa,
membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik
bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu
pernah bekerja sebagai mekanik.
Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui
fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan
seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali
pasangannya dan yakin penuh padanya.
"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak
lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA,
Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil
menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil
mereka "ibu" dan "bapa".
Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum
mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan
khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang
mustahil".
"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami
pun meminta bantuannya," tambahnya.
Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan
menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini
kepada kerajaan negeri.
Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima
mudah agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah
Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa
mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.
Komen anda bagaimana?
Saya ada meminta kawan yang mengerti bahasa Cina untuk menterjemah
artikel berkenaan Zulhaidi ini yang disiar dalam suratkhabar Cina. Saya
juga ada menggunakan online translator untuk menterjemahkan artikel
online suratkhabar Guang Ming. Menurut artikel tersebut, Zulhaidi sejak
remaja lagi telah teringin makan makanan ala Cina termasuk yang
mengandungi babi dan arak. Oleh itu, walaupun beliau membesar dalam
keluarga Melayu Islam tetapi beliau tetap cenderung kepada naluri
Cinanya. Pada saya, inilah satu contoh jelas di mana keluarga memainkan
peranan penting kerana Zulhaidi hanya seorang bayi apabila dibawa pulang
oleh keluarga Melayu Islam tersebut. Lihatlah apa yang umat Islam
sendiri lakukan kepada anak-anak yang dipertanggungjawabk an kepada
mereka. Hisap dadah, cerai berai dan membiarkan anak-anak mencari makan
sendiri pada usia muda. Allah SWT hendak menunjukkan kepada kita
akibatnya jika umat Islam tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dan anak-anak. Lihat sahaja anak Melayu yang tertukar dan menjadi anak
keluarga Cina Teo Ma Leong itu, yang bernama Tian Fa, tidak berminat
mencari keluarga Melayunya yang asal, mungkin sekali kerana keluarga
Cinanya telah menjaganya dengan baik. Semoga kita mengambil pengajaran
daripada kes ini.
Niezam_Phg says......
kalau kita jadi budak tu macam mana yer..tertukar masuk dalam keluarga kristian
ker...hindu ker....isk......tak mampu nak firik lah..cuma bersyukur dengan
rahmat Allah sekarang...
kredit to "Mimie" tanjung_mie@yahoo.com & "Q"
kuyahrock@yahoo.co.uk
Labels: renungan
VIRUS KOMPUTER
Kepada rakan-rakan
Bila suatu hari anda menerima e-mail Powerpoint Presentation dgn judul "Life is
beautiful.pps" , JANGAN DIBUKA DENGAN ALASAN APAPUN dan delete -lah segera.
Apabila anda membuka file tsb,maka di layar anda akan terbaca "Now it is too
late, your life is no longer beautiful" , setelah itu Anda akan KEHILANGAN
SEMUANYA BAIK DATA,SOFTWARE, PROGRAM ATAUPUN SEJENISNYA YANG ADA DI DALAM PC
anda, jenis virus ini sangat merusak dan orang yang mengirimkannya akan
mendapat nama akses, e-mail & password anda.
Itu adalah jenis virus baru yang mulai padahari Sabtu malam dan belum ada anti
virusnya. Si pencipta virus ini adalah seorang hacker yang mengklaim dirinya
sebagai Yang Empunya Kehidupan dan akan melawan Microsoft dalam menegakkan
keadilan. Oleh sebab itu virus itu datang dengan menyamarkan diri sebagai pps
extension.
MOHON KIRIM E-MAIL INI KEPADA SEMUA TEMAN ANDA.
kredit to tanjung_mie@yahoo.com
Labels: makluman
|